Powered by Bravenet Bravenet Blog

Subscribe to Journal

Tag Board

Jiwakaya: Nice blog..byk idea menarik ttg bisnes... gunakan kekayaan dengan sebaiknya :)
Normala: Salam Aidil Fitri untuk anda sekeluarga. Sekiranya ada kesilapan secara sengaja atau tidak, kemaafan yg saya minta.
Rosli: Syabas, Yazemin. Anda memang hebat.
Marini Noordin: Salam Perkenalan. Nice blog!!
emily: hi..nice blog, wt r u doing now... i`m from philipine..c yaa!!
yazemin: insyallah..tp sy xleh jd usahawanita...jd usahawan men leh la he..he..
Norsuhaila: Terima kasih kerana sudi melawat blog kak su..mari kita sama sama mengorak langkah untuk jadi usahawanita HEBAT SST!
Sophia: Moga kita akan beroleh kejayaan gemilang bersama-sama SST. WE CAN DO IT! Amin.
Suhaila: Saudara Min, terima kasih kerana linkkan blog saya disini. Semoga kita semua mencapai kejayaan yang diidamkan. Think BIG,Dream BIG,Start small. Go get it!!!
Normala: Min, teruskan perjuangan anda! Anda hebat
min: boleh sangat2..tp boleh sy tau u sape? n bg add email pd saya ke hp 019-4040943 segera.
joe: akum..bos fail yg antar by email x boleh buka ler...blh antr skali lg x??fail plan pemasaran tu??
min: insyaalah abg akan brgerak cm yg dicadangkan,tgh usha line skrg ni...misi tawan a/star...mggu ni sibuk skit.
roslimh: Syabas Min...anda setiap hari ada kemajuan. Mcmana sudah berikan Nacofe trial di kedai mamak di Alor Setaq. DI Subang sudah berhasil dengan 2 mamak bistro. Lube xtra juga akan ke kedai servis di Subang Jaya. Produk SN hebat belaka. Got returning power!
Normala: Sdr Yazemin, terima kasih kerana sudi linkkan blog saya di sini. Bersama kita teruskan perjalanan dan insyaAllah 2007 adalah tahun kejayaan.
Fauzan: Tahniah, Blog Journal yg penuh dgn motivasi, semangat & informasi terkini, sedap dibaca cerita motivasi yg ada dlm blog ini...Semoga terus cuccess dibawah payung SST
yazemin: trma kasih tuan hamid sbb sudi jenguk journal saya...sy budak baru belajar,ada ilmu leh kita sama2 share... journal biasa2 jer ni kalo nk dibandingkan dgn pencapaian msh jauh lg.
Hamid: Hi tuan yang kreatif... apa khabar... tkasih kerana letak link journal saya kat journal yang indah ni... semoga tuan akan berjaya dalam mengejar impian. Salam dari saya.
yazemin: Hebat...walaupun modem rosak anda terus menimba ilmu...hari ini ada tips dari Che Din semasa conferencing...keterangan lanjut che din...ayuh ke journal saya. Anda memang hebat. Wow a great work!!
ira: makin hari makin hebat...nilah yg org kater diam2 ubi berisi...doa saya awak akan berjaya sampai ke puncak kejayaan.
Norehana: Tahniah Yazmin ! Majukan diri dan usaha anda utk BERJAYA...Beriklan dan terus berpromosi selalu utk berjaya dalam biz bersama SN/SST ini !! Hebat ! Syabas sekali lagi
yazmin: terima kasih...ni semua hasil bantuan dan dorongan abg dan juga rakan-rakan sst yang lain... selagi xdpt RM10K sbln selagi tu lah sy buat promosi hehe
roslimh: Hebat...Yazemin...saban hari iklan anda saya jumpa..syabas itulah proses pertama yakni beriklan dan berpromosi...anda memang hebat. Leader in the making.
roslimh: Hebat...Yazemin...saban hari iklan anda saya jumpa..syabas itulah proses pertama yakni beriklan dan berpromosi...anda memang hebat. Leader in the making.
roslimh: Hebat...Yazemin...saban hari iklan anda saya jumpa..syabas itulah proses pertama yakni beriklan dan berpromosi...anda memang hebat. Leader in the making.
che din: TAHNIAH , TAHNIAH , TAHNIAH , usaha anda amat membanggakan , semoga kita sama2 suksess
roslimh: yazemin...anda memang hebat dengan kaedah online ini...teruskan usaha anda dan capai matlamat anda sebelum tahun hadapan...insyaAllah.
jr: good site

Please type in the four characters shown in the black box.

Monday, April 16th 2007

09:35:44 AM

Sertai kami Smart Success Team...


"Mereka Tidak Terbilang, Mereka Tidak Terpandang Tetapi Mereka Jutawan"
...Siapakah Mereka!?


"Anda Tidak Akan Tahu Sehinggalah Anda Menjadi Salah Seorang Dari Mereka",


0 Replies / Post Reply

Sunday, April 8th 2007

09:20:11 AM

SATU KISAH UNTUK DI KONGSI

RAHSIA 90/10

Rahsia
90/10 memang luar biasa! Sayangnya sedikit sahaja yang tahu
mengenainya dan mahu menerapkan rahsia ini. Sebab itulah begitu
banyak manusia yang mengadu tertekan atau stress dan mengalami sakit
kepala serta perlbagai jenis penyakit lain lagi. Seolah olah mereka tidak
pernah mengalami kejayaan kejayaan di dalam hidup selain gagal dan
gagal lagi.

Hari hari buruk datang bersilih ganti. Selalu juga terjadi hal hal yang tidak
menyeronokkan seperti amarah yang memutuskan persahabatan dan
hidup menjadi seperti sesuatu yang menakutkan dan tidak dinikmati
sepenuhnya. Hidup sungguh membosankan dan sering kelihatan kejam
kepada kita. Apakah ini menggambarkan keadaan anda juga? Jika ya,
jangan putus asa kerana anda mampu melakukan perubahan! Cuma
fahami dan lakukan rahsia 90/10.

Apa rahsia 90/10? Sepuluh peratus kehidupan didasari oleh hal hal yang
terjadi terhadap kita manakala baki 90 peratus kehidupan ditentukan oleh
bagaimana kita memberikan reaksi terhadap hal hal yang terjadi itu.
Maksudnya? Kita memang tidak dapat mengawal 10 peratus kejadian
yang menimpa kita. Misalnya, kita tidak dapat mengelakkan kenderaan
yang kita naiki dari pada mengalami kerosakan. Akibatnya, kita tterlepas
penerbangan dan menjejaskan seluruh jadual kita.

Ataupun, anda dimarahi oleh bos dan berselisih pandapat dengan rakan
rakan setugas di pejabat ataupun ketika berurusan dengan kakitangan
sebuah agensi kerajaan atau swasta. Mungkin dia ada masaalah di rumah
dan anda tidak mampu menghalangnya. Maafkanlah sahaja dia. Ataupun,
ada orang menabur fitnah terhadap diri anda, anda mengalami kecurian
atau kehilangan Sesutu yang berharga. Sebagai manusia biasa, kita tidak
dapat mengawalnya.

Tetapi berbeza dengan 90 peratus lagi di mana kita yang
menentukannya. Bagaimana dengan reaksi kita? Kita tidak dapat
mengawal lampu isyarat merah tetapi dapat mengendalikan reaksi kita
terhadapnya. Kita lihat satu contoh :

Anda sedang bersarapan bersama keluarga. Tiba tiba anak anda tanpa
disengajakan telah tertumpah secawan kopi di atas kemeja kerja anda.
Anda tidak dapat mengendalikan apa yang telah terjadi itu. Namun, apa
yang akan terjadi kemudian akan ditentukan oleh cara anda memberikan
respons terhadapnya.

Anda dengan kasar memarahi anak. Dia menangis. Setelah itu, anda
menyalahkan isteri anda kerana meletakkan cawan tersebut terlalu dekat
dengan tepi meja. Lalu terjadilah pertikaman lidah yang menyusul tidak
lama kemudian. Anda mendengus dan terus membebel sebelum beredar
untuk menyalin pakaian.

Setelah kembali ke meja makan, anak perempuan anda sedang
menghabiskan sarapannya sambil menangis. Dia ketinggalan pula bas
sekolahnya manakala isteri anda sudah terlambat dan perlu segera
bertolak ke tempat kerjanya. Jadi, mahu tidak mahu, andalah yang
terpaksa anak perempuan anda ke sekolahnya. Kerana agak sudah
terlewat, anda memandu dengan kelajuan yang melebihi had maksimum
sehingga ditegur oleh seorang anggota polis. Anda meminta maaf dan
waktu terus berjalan Setibanya di sekolah, anak anda ditahan oleh
pengawas di pintu pagar dan namnya dicatatkan kerana lewat.

Anda meneruskan perjalanan dan tiba di pejabat kira kira 20 minit
terlewat dan baru tersedar, anda tertinggal ‘laptop’ kerja anda yang
mengandungi dokumen dokumen penting di dalamnya untuk dibereskan
pada hari itu juga. Anda terpaksa juga pulang kerumah sebelum
mesyuarat pada pukul 11 pagi. Sambil meredah kesesakkan lalulintas,
anda teringatkan isteri dan anak anda serta insiden pagi tadi. Kenapa
teruk sekali hari anda?

Adakah kerana secawan kopi yang tumpah, kecuaian anak mahupun
isteri anda, ditahan oleh polis atau kerana diri anda sendiri? Jawapannya
ialah anda. Kerana anda tidak dapat menguruskan air kopi yang tumpah
itu. Bagaimana reaksi anda beberapa detik kemudian menyebabkan hari
anda menjadi satu hari yang buruk.

Ini yang mungkin terjadi jika anda memberikan tindak balas berbeza.
Kopi tumpah di atas baju anda. Anak anda menangis. Anda dengan
lembut berkata “tidak mengapa sayang. Lain kali lebih berhati hati ya…”
Dalam keadaan yang tenang itu, anda menukar pakaian dan tidak lupa
mengambil “ laptop “ anda. Anda kembali ke meja makan dan melihat
anak anda menunggu bas sekolahnya. Isteri anda mencium tangan
sebelum anda berangkat ke tempat kerja. Anda sampai ditempat kerja
anda lima minit lebih awal dan para pegawai komentar tentang
bagaimana baiknya hari anda.

Lihat perbezaannya. Dua scenario yang berlainan bukan? Kedua duanya
dimulai dari hal yang sama. Yang 90 peratus lagi ditentukan oleh reaksi
kita sendiri.

*sumber : putri MM

SMART SUCCESS TEAM MENUJU PUNCAK!!
019-4040943/017-4040466

0 Replies / Post Reply

Thursday, April 5th 2007

10:44:04 AM

4 langkah sahaja


PEROLEHI PENDAPATAN BULANAN RM 10,000 dengan HANYA
MENGEKALKAN KESIHATAN BADAN ANDA SETIAP BULAN

Langkah 1

Cari 3 rakan yang berminat menjana pendapatan sampingan RM900 sebulan di samping mengekalkan kesihatan dengan bermodalkan RM267

Langkah 2

Mereka juga mendapatkan 3 lagi rakan yang berminat

1

1

1

3

3

3

9

9

9

Setiap seorang 200PV, anda sudah berpendapatan RM900 sebulan (anggaran) atau RM10,800 setahun

Langkah 3

Rakan anda juga berminat untuk mendapatkan RM900 sebulan

1

1

1

3

3

3

9

9

9

27

27

27

Setiap seorang 200PV, anda sudah berpendapatan RM2000 sebulan (anggaran) atau RM24,000 setahun

Langkah 4

Bantu 3 rakan anda mendapatkan pendapatan RM2000 sebulan

1

1

1

3

3

3

9

9

9

27

27

27

81

81

81

Setiap seorang 200PV, anda sudah berpendapatan lebih daripada RM10,000 sebulan (anggaran) atau RM120,000 setahun

Dengan 4 langkah mudah ini Dalam tempoh sasaran 4 bulan sahaja anda mampu memperolehi pendapatan lumayan setiap bulan!!

SERTAI KAMI SEKARANG 019-4040943 UNTUK INFO PERCUMA!!

0 Replies / Post Reply

Sunday, February 11th 2007

12:12:19 PM

20 GUIDE TO "Be  A Millionaire"


Hari ini saya ingin berkongsikan dengan anda 20 faktor-faktor kejayaan seorang jutawan. Survey berikut telah dilakukan oleh Dr Thomas Stanley dalam buku popularnya "The Millionaires' Mind" di mana beliau telah menemuramah beribu-ribu jutawan!

1. Being honest with all people 
2. Being well discipline
3. Getting along with others
4. Having a supportive spouse (husband/wife)

5. Working harder than most people
6. Loving my carreer / business
7. Having strong leadership qualities
8. Having a very competitive spirit / personality
9. Being very well organized

10. Having the ability to sell my ideas / products
11. Making wise investments
12. Seeing opportunities other do not see
13. Being my own boss
14. Willing to take financial risk given the right return

15. Having good mentors
16. Having the urge to be well respected
17. Investing in own business
18. Finding profitable niche
19. Having extraordinary energy
20. Being physically fit
Oleh: Irfan Khairi
====================================================
http://www.rahsiainternet.com
====================================================
AMAL-AMALKAN SELALU...MUDAH-MUDAHAN KITA TERMASUK DALAM GOLONGAN INI, WALAUPUN TAK BOLEH JADI SEMUANYA...SIKIT2 PUN JADILAH!!!
61 Replies / Post Reply

Tuesday, January 30th 2007

12:40:15 PM

Six million M'sians shopping online

Six million M'sians shopping online

It said that the country had six million unique buyers last year, up from 4.7 million the year before. The nation has a population of 26.6 million. 

The statistics came from IDC's latest study – Malaysia Internet and e-commerce 2006–2010 Forecast: Tracking the Development.  

According to the study, Malaysia's e-commerce spending grew 70% in 2006. 

"The outlook (for the future) is certainly bright, but the sector still has room for improvement, said Lincoln Lee, senior analyst for telecommunication research at IDC Malaysia.  

He said that among the key issues that need to be addressed, to further promotee-commerce here, are the development of payment gateways and the easing of monetary regulations. 

Malaysian consumers spent RM9.8bil via e-commerce last year, up by 43% from RM6.6bil in 2005.  

Consumer e-commerce spending, IDC Malaysia also said, is expected to increase at a compound annual growth rate (CAGR) of 24% between 2005 and 2010. 

Meanwhile, Malaysian businesses spent RM47.6bil via e-commerce in 2006, up 77% from the previous year. 

Business e-commerce spending will increase at a CAGR of 29% over the same period, said IDC Malaysia. 

Also, the number of Internet-access devices in the country grew 49% last year, to reach a total at 3.9 million. 

IDC Malaysia predicts this growth rate to peak at 61% and said that mobile Internet access devices would account for nearly 45% of all Internet-access devices.

1 Replies / Post Reply

Saturday, January 20th 2007

01:46:44 AM

PROMOSI 2007...SIAPA CEPAT DIA HEBAT!!!



8 Replies / Post Reply

Saturday, December 23rd 2006

10:00:14 AM

PRODUK BARU SMART NACO


5 Replies / Post Reply

Friday, December 15th 2006

01:33:04 AM

CABAR DIRI UNTUK BERJAYA!

Kejayaan bukanlah suatu misteri yang tidak terungkap. Malah sekiranya seseorang itu telah melakukan sesuatu perkara maka orang lain pasti mampu melakukannya juga. Kita mungkin tidak bercita-cita terlalu tinggi seperti Datuk Azhar Mansor yang berlayar di lautan luas seorang diri; atau seperti Datuk Abdul Malek yang berenang merentasi Selat Inggeris; atau seperti Shalin Zulkifli yang menjadi ratu bowling negara; atau seperti Yap Sui Lin yang mendapat 16A dalam SPMnya.

Tetapi janganlah pula sekadar selesa dengan pencapaian yang biasa hingga tiada apa yang boleh dibanggakan oleh kita atau yang boleh diceritakan kepada anak cucu kita nanti. Sekurang-kurangnya, kalau kita sebagai pekerja maka berusahalah untuk menjadi pekerja yang cemerlang hingga menerima anugerah dari majikan. Kalau kita seorang usahawan binalah empayar perniagaan kita yang mampu diwarisi oleh anak cucu. Kalau kita sebagai seorang pelajar belajarlah dan berusahalah hingga sampai ke peringkat yang tertinggi.

Kejayaan bolehlah ditakrifkan sebagai pencapaian seseorang menepati matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan olehnya. Oleh itu kejayaan adalah suatu bentuk yang subjektif dan relatif dengan individu itu sendiri. Bagi seseorang usahawan, memperolehi pendapatan RM10,000 sebulan itu adalah menepati sasaran awalnya dan baginya ia adalah satu kejayaan. Tetapi RM10,000 ini mungkin suatu kegagalan bagi usahawan yang pada kebiasaannya mampu menjana pendapatan RM50,000 sebulan. Apabila kita tiba ke matlamat yang telah ditetapkan kita mula rasa selesa. Setelah beberapa ketika kita rasa tiada apa lagi yang mencabar di tahap tersebut. Kalau kita terus berada dalam zon selesa itu maka lambat laun kita akan gagal kerana orang lain sudah semakin maju. Oleh itu perlu bagi kita setelah mencapai satu sasaran, kemudiannya mencabar diri untuk maju ketahap yang seterusnya pula. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh diambil untuk cabar diri bagi terus maju dalam kehidupan.

1. Letakkan Sasaran Yang Tinggi Apabila satu matlamat dicapai maka teruslah menetapkan matlamat baru yang lebih tinggi lagi. Misalnya, dulunya sebagai seorang pelajar kita sering dapat nombor yang tercorot dalam kelas maka letaklah matlamat untuk meletakkan nama kita dalam 10 pelajar terbaik. Cabar diri untuk berusaha bersungguh-sungguh mencapai sasaran itu. Kalau satu hari kita berjaya merealisasikannya, maka mula letakkan sasaran baru untuk jadi pelajar nombor 1 pula. Kalau kita seorang usahawan maka letakkan sasaran untuk mengembangkan perniagaan kita ke seluruh pelusuk negeri bukan sekadar berniaga setempat sahaja. Kalau sasaran itu dicapai, cabar diri dengan sasaran baru untuk mengembangkan perniagaan ke seluruh negara dan tidak mustahil selepas itu sampai ke peringkat antarabangsa pula. Sasaran yang tinggi ini sentiasa membuatkan kita memandang ke depan. Hasilnya, tanpa kita sedari kita semakin hari semakin maju dalam bidang yang kita ceburi tersebut.

2. Cemburu Dengan Kejayaan Orang Lain (Cemburu di sini bermaksud 'envy' kerana cemburu ini menanam semangat persaingan yang sihat - Admin Megasutra). Lihat mereka yang lebih berjaya dari kita. Kalau orang lain boleh kita juga boleh. Untuk maju kita mesti cemburu dengan kejayaan orang lain dan cabar diri kita untuk berusaha lebih dari orang lain. Kalau kita tidak tahu bagaimana mahu melakukannya maka belajarlah dari mereka yang telah berjaya. Buka mulut dan bertanya. Jangan sekadar berdiam diri kerana tiada apa yang berlaku kalau kita tidak bertindak. Baca kisah-kisah kejayaan orang lain, hayati bagaimana mereka menghadapi cabaran dan menyusuri liku-liku kepayahan sebelum nama mereka tersohor. Sikap cemburu dengan kejayaan orang lain ini mestilah ditanam untuk membentuk suatu persaingan yang sihat bukannya cemburu yang membawa kepada sifat dengki dan irihati yang membuatkan kita mengambil langkah-langkah buruk menjatuhkan saingan kita.

Perasaan cemburu ini patut terbit lebih-lebih lagi apabila mereka yang lebih lemah, lebih muda, dan kurang upaya dari kita mampu mencapai satu pencapaian yang luar biasa.

Saudara Abdul Halim, seorang yang kudung kaki dan tangannya tetapi boleh belajar masuk universiti, keluar sebagai akauntan, buka syarikat sendiri dan pernah terima anugerah daripada PM Malaysia. Tak cemburukah kita?

3. Elakkan Dari Sikap Cepat Puashati Sikap cepat berpuashati adalah penyakit yang menghalang diri kita untuk terus berjaya. Apabila kita sudah meraih pendapatan RM10,000 sebulan kita mula rasa selesa dan kita berkata, “Aku ni kira oklah, berapa kerat sangat orang yang meraih pendapatan lima angka sebulan. Sekurang-kurangnya dah ada rumah sendiri berapa ramai lagi orang yang tidak mampu beli rumah. Kira ok lah aku ni… ”. Sikap puashati beginilah yang membuatkan kita berhenti untuk berusaha dan mencipta kejayaan yang lebih besar lagi. Kenapa tidak kita ambil contoh orang yang lebih berjaya dari kita? Kenapa sering membandingkan diri dengan orang yang lemah dan kurang dari kita? Bandinglah dengan mereka yang lebih berjaya, yang memiliki bangunan sendiri, yang menjadi jutawan, yang berkereta mewah, yang memiliki rumah-rumah untuk disewakan dan sebagainya maka barulah tercabar bahawa kita belum lagi OK! Jadi, usah lagi berpuashati dengan pencapaian kita kerana setiap kali kita berjaya maka kita pasti boleh pergi lebih jauh lagi.

4. Soal Diri Dengan Soalan Positif Untuk berjaya, soal diri dengan soalan-soalan yang positif. Misalnya, soalan-soalan seperti berikut hanya membawa diri kita untuk merasa lemah dan tidak berdaya:

Kenapalah aku gagal?
Mengapa nasib aku sentiasa malang?
Kenapalah orang semua tak suka aku?
Apalah nak jadi dengan aku ni?

Sebaliknya soalan-soalan berikut pula akan membuatkan kita berfikir, mencabar diri dan membolehkan kita mengumpul kekuatan untuk atasi setiap halangan.

Apa yang belum aku lakukan lagi?
Bagaimana aku nak tingkatkan 20% lagi pendapatan aku bulan depan?
Apakah kelebihan diri aku yang belum aku bongkar lagi?
Dimana aku nak dapatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk maju dalam bidang ini?
Siapa yang boleh bantu aku?

Jadi kita tidak berjaya kerana bertanyakan soalan yang salah kepada diri kita. Oleh itu berhati-hatilah dengan suara hati. Nilai betul-betul soalan yang kita tanyakan pada hati kita adakah ia akan mencabar kita untuk terus maju atau hanya melemahkan kita.

5. Tingkatkan ‘Standard’ Anda Untuk berjaya kita kena cabar diri untuk tingkatkan ‘standard’ kita. Misalnya, kita berkata pada diri kita bahawa tidak ‘standard’lah untuk selama-lamanya jadi kerani, 5 tahun dari sekarang mesti nak jadi pengurus pula. Tidak ‘standard’ lah untuk selama-lamanya bekerja dengan orang, 10 tahun dari sekarang mesti jadi bos pula. Tidak ‘standard’ lah selama-lamanya dapat markah ‘C’, 3 bulan dari sekarang aku mesti dapat ‘A’ pula. Tidak ‘standard’ lah asyik bawa kereta Jepun aje, 5 tahun dari sekarang aku mesti nak bawa kereta Jerman pula. Tidak ‘standard’ lah untuk berumah teres sahaja, 10 tahun dari sekarang aku mesti nak ada rumah banglo pula.

Tujuannya bukan untuk menunjuk-nunjuk atau untuk takbur tetapi untuk membuatkan kita mahu berusaha lebih gigih lagi demi memenuhi tuntutan hidup kita yang mengikut ‘standard’ baru itu. Lagi pula kita tidak melafazkan kata-kata itu kepada orang lain tetapi kita tujukan kata-kata tersebut hanya kepada diri sendiri sebagai satu bentuk cabaran.

Perlu diingatkan bahawa kita hanya boleh hidup dalam ‘standard’ yang lebih tinggi hanya setelah kita berjaya merealisasikan pendapatan yang mampu menampung ‘standard’ tersebut. Jangan pula menjadi orang yang papa asal bergaya.

Malah Islam sendiri tidak menghalang umatnya untuk hidup selesa apabila punya kemampuan. Asal sahaja keselesaan itu tidak menghalang kita untuk terus menjadikan hidup ini sebagai suatu ibadah yang mengningkatkan lagi keimanan dan ketaqwaan kita. Oleh itu, teruslah cabar diri untuk berjaya dalam hidup!


9 Replies / Post Reply

Wednesday, December 13th 2006

09:34:16 PM

Kisah Si Tukang Kayu

Di suatu masa terdapat seorang tukang kayu yang semakin dimamah usia. Dia bercadang untuk bersara daripada kerjanya sebagai tukang kayu yang bertanggungjawab membuat rumah di sebuah syarikat pembinaan. Dalam fikirannya lagi, dengan tenaganya yang semakin kurang, dia ingin menghabiskan sisa-sisa hidupnya bersama keluarga tersayang. Tukang kayu ini tidak akan menerima lagi upah sekiranya bersara. Tetapi, dia tetap dengan keputusannya. Lalu tukang kayu itu memberitahu majikannya tentang hasratnya itu.

Apabila majikannya mendengar luahan hati tukang kayu yang berpengalaman itu, dia merasa sedih dan memujuk tukang kayu tersebut agar menarik balik keputusannya itu. Akan tetapi, tukang kayu itu tidak berganjak dan tetap dengan niat untuk bersara. Akhirnya majikannya bersetuju dengan keputusan tukang kayu itu, tetapi dengan satu syarat. Permintaan terakhir majikannya ialah menyuruh tukang kayu itu membina sebuah rumah buat kali terakhir.

Tukang kayu itu merasa gembira dan bersetuju dengan syarat yang telah ditetapkan oleh majikannya. Tetapi kegembiraannya untuk bersara mengatasi semangat dan kemahiran yang ditunjukkannya semasa bekerja. Akibatnya, rumah yang dibina buat kali terakhir itu telah disiapkan dengan sambil lewa, tanpa penelitian khusus serta menggunakan kayu yang rendah kualitinya. Rumah itu berjaya disiapkan dalam jangkamasa yang singkat. Apabila majikannya melihat rumah itu, dia mengambil kunci pintu utama rumah tersebut dan memberikannya kepada tukang kayu itu seraya berkata “Inilah hadiah persaraan daripada saya kepada kamu...Selamat bersara”.

Tukang kayu itu terkejut besar dengan kata-kata majikannya. Beliau tidak menyangka bahawa rumah yang dibinanya buat kali terakhir itu adalah rumah untuk kegunaanya sendiri. Alangkah menyesalnya dia kerana menyiapkan rumah itu secara tergesa-gesa dan jika dia tahu sebelum itu, dia akan membina rumah tersebut dengan penuh teliti dan menggunakan bahan yang bermutu tinggi.

MORAL: Senario ini mungkin pernah berlaku di dalam hidup kita seharian. Hidup ini boleh diibaratkan sebagai membina sebuah rumah untuk kemudahan dan kegunaan kita di masa hadapan. Kita pula sering mengambil mudah dengan kehidupan sekarang, kita merasa selesa kerana ibu bapa kita sentiasa berada di samping kita, memberi sokongan dan membantu kita. Tetapi, sedarkah kita apabila mereka tiada nanti, siapakah yang akan bertanggungjawab ke atas hidup kita? Tak lain dan tak bukan DIRI KITA SENDIRI. Belajarlah bertanggungjawab dan bijak merancang masa depan kita. Gunakan masa muda ini dengan belajar bersungguh-sungguh dengan cita-cita untuk menjadi seorang manusia berguna kepada bangsa, agama keluarga dan negara.
0 Replies / Post Reply

Tuesday, December 12th 2006

05:08:40 AM

Selamat Datang 2007

Yang Berlalu Biarlah Berlalu Dan Jadikan Panduan Untuk Masa Depan, Semua Sudah Terjadi. Terpenting Adalah Bangun Dari Tidur Dan Kekalkan Apa Yang Sudah Ada Untuk Menjadi Lebih Baik. Kejujuran Dan Ketulusan Serta Ketekunan Akan Membawa Arah Yang Lebih Baik...
Kejayaan Menghampiri Pada Yang Sentiasa Mencari!!!


Dapatkan VCD "Rahsia Jutawan MLM Terbongkar Di Internet" percuma daripada saya sekarang...
Klik Jangan X Klik

0 Replies / Post Reply